LATAR BELAKANG PROJEK PENYELIDIKAN 

(2020-2022)

Projek penyelidikan yang bertajuk “PENYELESAIAN BERSKALA UNTUK MENYOKONG PENJAGA STROK TIDAK FORMAL DI MALAYSIA: PEMBINAAN SECARA SISTEMATIK DAN KAJIAN KEBOLEHGUNAAN (A SCALABLE SOLUTION FOR SUPPORTING INFORMAL STROKE CAREGIVERS IN MALAYSIA: SYSTEMATIC DEVELOPMENT AND FEASIBILITY STUDY)”  bermula dari tahun 2020 sehingga 2022 dan merangkumi tiga fasa utama yang berobjektifkan; 1) mengkaji pengalaman, keperluan, bantuan dan halangan dalam penyediaan penjagaan pesakit strok bagi para penjaga pesakit strok di Kelantan (kajian kualitatif), 2) mengukur kesan dan beban dalam kalangan para penjaga pesakit strok di Kelantan dan Terengganu (kajian kuantitatif), dan 3) menilai kebolehlaksanaan modul intervensi aplikasi telefon pintar mHealth (versi Malaysia) dalam membantu para penjaga pesakit strok di Kelantan dan Terengganu.

Di bawah Geran Penyelidikan Newton-Ungku Omar, projek kajian ini merupakan satu usaha kolaboratif antara barisan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE), dan London School of Hygiene and Tropical Medicine (LSHTM), United Kingdom, bertujuan untuk mengenalpasti cabaran yang sedang dihadapi oleh para penjaga tidak formal pesakit strok di Malaysia dalam mendapatkan sokongan, maklumat, bantuan dan dana kewangan untuk menjaga pesakit-pesakit strok mereka.  terutamanya di kala pandemik wabak COVID-19 dan kehidupan berasaskan norma baharu yang sedang berlaku sekarang. Kami percaya kesukaran yang dialami pada ketika ini bukan sahaja menjejaskan para penjaga dan pesakit strok tetapi juga golongan pengamal perubatan profesional dalam bidang penjagaan kesihatan dan orang awam secara umumnya.

Lantaran itu, untuk mencapai objektif utama fasa ketiga kajian kami, laman sesawang ini telah dibina dan diperkenalkan kepada para penjaga pesakit strok di lokaliti utama kami, Hospital Raja Perempuan Zainab II (Kota Bharu, Kelantan) dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (Kuala Terengganu, Terengganu). Melalui laman sesawang ini, para penjaga boleh mendapatkan informasi dan panduan dalam penjagaan pesakit strok dalam bentuk format video yang telah sedia ada di atas talian untuk tontonan umum.

YouTube