Pemilihan peserta
KRITERIA PEMILIHAN PESERTA SOAL-SELIDIK
Bagi pemilihan peserta soal-selidik bagi kajian kami, kriteria-kriteria berikut haruslah dipenuhi:
Berumur 18 dan ke atas pada masa intervensi (kajian)
Boleh membaca, menulis dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau keduanya.
Merupakan penjaga sah bagi pesakit strok pada masa intervensi
Warganegara Malaysia
Mempunyai telefon bimbit yang sesuai untuk melayari laman web dan prototaip aplikasi mudah alih (mengikut
penilaian penyelidik)
Mampu melayari laman web dan menggunakan prototaip aplikasi dengan bantuan minimum daripada orang lain (mengikut
penilaian penyelidik)
Kajian ini tidak akan melibatkan penjaga yang
enggan terlibat dalam kajian
tidak menetap di Malaysia
mempunyai masalah kognitif (mengikut penilaian penyelidik)
tidak mampu mengendalikan telefon bimbit
KAEDAH SOAL-SELIDIK
Soal-selidik akan dijalankan melalui atas talian sahaja.
Peserta akan dihubungi melalui panggilan telefon dan penghantaran mesej melalui Whatsapp oleh penyelidik.
Peserta akan diterangkan mengenai laman sesawang 'Cakna Strok' dan diminta untuk melayari laman web ini dan menonton video-video yang terdapat di sini.
Peserta kemudiannya akan diminta untuk mengisi borang soal-selidik di atas talian untuk menjawab set soalan ringkas mengenai pengalaman melayari laman sesawang 'Cakna Strok'.
Borang soal-selidik boleh dilayari melalui pautan ini: